PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng. "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong.
Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.
Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.
Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas. "Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong. "Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.
..Ahlan..
Salam perkenalan..
Salam ukhwah..
Salam perpaduan..
Salam perantauan..
Salam perjuangan..
..Kenali Diriku..
..Sekilas Bicara..
..Kalendar hijrah..
..Followers..
..Luahkan..
..Rujukan..
..Salam Pejuang..
..Salam Perantau..
..Diskusi..
..My Blog Log..
Semakin hari dunia semakin terbalik, hampir terbalik dan mungkin sudah terbalik. Mengapa? Dahulu bekerjaya sebagai ustaz kini semakin hanyut ditelan arus hiburan mengejar populariti ingin menjadi artis (penyanyi, pelakon). Jika dulu songkok sebagai aksesori tapi kini pelbagai bentuk aksesori gelang, cincin dan rantai tersarung di badan saling silih berganti mengikut kesesuaian majlis. Sedang perkara itu sudah terang lagi bersuluh dilarang dalam agama sama sekali. Yang dahulunya membawa lagu-lagu dakwah, berimej islamik tapi kini imej itu sudah hilang dibawa arus dan kini mengikuti arus muzik terkini rock yang mana mesej-mesej cinta yang melalaikan dan menarik minat golongan muda disajikan. Anak-anak kandung diabaikan nafkah dan perasaannya tapi anak orang diberi layanan istimewa, dipenuhi segala permintaan, dijaga perasaannya, diberi bermacam hadiah yang mana anak-anak sendiri tidak pernah dilayan sebegitu rupa oleh ibu bapa mereka sendiri, bak kata pepatah anak kera disusukan, anak sendiri dibiar mati kelaparan. Inilah kehidupan dan sikap masyarakat hari ini.
Situasi politik negara kita pula dalam meyelesaikan krisis Perak, hari ini diumumkan menteri besar, esok ditarik balik jawatannya. Hari ini ulasan hujah bertulis mengenai keputusan hakim mengesahkan Zambry sebagai MB Perak yang sah lambat dikeluarkan oleh 3 panel hakim tapi sebaliknya pula berlaku dalam situasi DS Nizar. Tindakan cepat dan drastik pula dikeluarkan oleh mereka untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi yang mengesahkan DS nizar sebagai MB Perak yang sah dalam tempoh masa kurang dari 24 jam. Hari ini ketika sidang DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok dikatakan tidak sah kerana perbicaraan yg melibatkan DS Nizar dan Zambry masih berlangsung di mahkamah, tetapi sidang DUN yang berlaku 7 Mei lalu dikatakan sah pula sedangkan perbicaraan antara DS Nizar dan Zambri masih berlangsung juga ketika itu. Lebih teruk lagi Speaker DUN yang masih sah (sivakumar) dinafikan haknya dengan melantik Speaker DUN baru oleh Zambry dan konconya malah turut diseret keluar dari bangunan SUK seperti anjing. Apa dah jadi pada sistem kehakiman negara kita hari ini? Mungkin kerana “melayu mudah lupa”, bak kata Tun Mahadhir suatu ketika dulu. Inikah demokrasi? Inikah keadilan? Bak kata Nabil (Raja Lawak). “lu pikir la sendiri”.
“Sudah jatuh ditimpa tangga”, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang dialami oleh DS Nizar hari ini. Rayuan DS Nizar Jamaluddin terhadap keputusan mahkamah rayuan mengisthiarkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak terjejas ekoran tindakan tiga panel hakim berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis berkenaan keputusan mereka. Ulasan keputusan kehakiman itu penting bagi membolehkan peguam yang mewakili DS Nizar menyiapkan pembelaan rapi untuk perbicaraan di Mahkamah Persekutuan. Tiga
Mengikut amalan standard badan kehakiman, hakim mempunyai 30 hari untuk membuat ulasan keputusan kehakiman dan permohonan rayuan perlu dihantar dalam tempoh 30 hari. Ini bermakna tinggal dua hari sahaja lagi untuk mereka mengemukakan dokumen berkenaan. Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut, DS Nizar telah diarahkan oleh peguamnya untuk menghantar permohonan, walaupun tidak mempunyai ulasan daripada 3 hakim tersebut. Dalam situasi yang kritikal ini, bagaimana DS Nizar bersama peguamnya ingin merangka soalan dan meneka pemikiran hakim-hakim? Di mana letaknya keadilan untuk mereka ini? Selagi mereka yang gila kuasa, tidak bertanggungjawab, mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan diri dan tidak memahami kepentingan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya selagi itulah kezaliman terus tertegak, keadilan sukar untuk dikecapi. Kepada semua rakyat
Mogok lapar di Perak - Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan
Mohd Rashidi Hassan Mon May 25, 09 1:13:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.
Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).
Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.
"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.
"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.
Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.
"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.
"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.
Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.
Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.
Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok. - mks._ -->
Walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan kepada YB Nizar sebelum prk, malah berlebih-lebihan lagi semasa tempah berkempan oleh pihak lawan, tapi semua itu tidak memberi impak kepada rakyat perak malah lebih lagi menambahkan simpati, sokongan dan kesepaduan rakyat terhadap YB Nizar sehingga menang dengan majoriti yang lebih besar dari calon terdahulu, 2789 undi. ”Penderhaka” yang dikatakan derhaka kepada Sultan, boneka kepada DAP, menggadai nasib orang Melayu, akhirnya telah mendapat kepercayaan undi majoriti daripada rakyat. Kini bukan setakat YB Nizar derhaka kepada Sultan tapi rakyat Perak jg kebanyakannya turut derhaka kepada Sultan kerana menyokong ”penderhaka”. Manikumar, muka baru, calon muda yang diperkecilkan kredibilitinya oleh pihak lawan dan bekas rakan seperjuangannya, akhirnya telah membuktikan dia mampu meraih pengaruh dan mendapat kepercayaan rakyat Bukit Selembau.
PR terus mengekalkan kemenangan manakala BN gagal merampas kemenangan PR. Walaupun pelbagai perancangan teliti telah diatur untuk mengisi kejayaan dan meyekat kemaraan PR seperti menggunakan segala jentera kerajaan sepanjang tempoh berkempen, terlantik muka baru dalam Perhimpunan Agung UMNO, dihadkan masa ceramah pihak lawan, larangan menyentuh isu altantuya dan isu rampasan Perak dalam ceramah, isu derhaka, isu moral elizabeth, isu menggunakan ayat al-quran oleh exco DAP, penggantungan akhbar alternatif PR, perlantikan PM baru, penarikan kembali arahan menggantung akhbar Harakah & Suara Keadilan, pembebasan 13 org tahanan ISA, kemasukan kembali Tun Mahathir dalam UMNO malah semua itu masih tak mampu untuk menumbangkan PR atau paling tidak mengurangkan undi terhadap calon PR yang bertanding.
Rakyat semakin bijak memilih pemimpin, tidak mahu nasib diri dan negara tergadai di tangan pemimpin yang tidak telus. Slogan, ”Pohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional”, nampaknya tidak menjadi malah rakyat tidak merestuinya. Buktinya rakyat terus-terusan menolak kepimpinan BN, bermula dengan prk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, terbaru di Bukit Gantang, Bukit Selembau. Sepanjang tahun ini, 5 prk telah dilakukan dan PR mencatatkan rekod 4 kemenangan dan 1 kekalahan di Batang Ai. Setakat ni majoriti memihak kepada PR. Peringatan kepada penyokong dan pendokong PR, walaupun PR telah meraih kemenangan besar, tetapi jangan terlalu gembira dengan kejayaan yang dicapai sehingga leka. Kemenangan yang dicapai takkan membawa erti sekiranya tidak terisi. Isilah kemenangan itu dengan sebaiknya, sebagai tanda membalas budi, jasa dan kepercayaan yang rakyat telah berikan kepada PR.Kepada YB Nizar dan Manikumar, jalankan mandat dan kepercayaan yang telah diberikan kepada rakyat dengan sebaiknya, penuh tanggungjawab, adil dan saksama.Moga kemenangan terus berpihak kepada golongan yang benar dan kezaliman terus dijatuhkan... Wallahulam..
—-

Shaaribu Setev adalah seorang lelaki yang kecewa dan marah. Namun disebalik wajah sedih lelaki Mongolia ini tersimpan semangat yang tinggi. Duduk di sebuah sofa di lobi sebuah hotel di Ulaan Battar sambil bergetar menahan angin beku yang bertiup, dia lelaki berumur 60 tahun itu bersiap sedia untuk melawan. Raut parasnya dibentuk dari segala penderitaan dan iklim yang melampau, dan renungannya yang dalam menceritakan semuanya. “Anak perempuan saya dibunuh oleh orang Malaysia di bumi Malaysia. Namun mereka langsung tidak memohon maaf,” katanya yang juga seorang professor psikologi di Universiti Kebangsaan Mongolia.
Pembunuhan anak pe
rempuannya, Altantuya Shaaribu, berlaku pada bulan Oktober 2006. Ini adalah jenayah bunuh yang berbeza dari yang lain berlaku di sebuah rantau di mana konflik-konflik perniagaan atau pertelingkahan politik yang remeh diselesaikan dengan muncung pistol. Segala yang berkaitan dengan kes ini, yang bermula pada tahun 2002 apabila syarikat Perancis-Sepanyol Armaris mencapai persetujuan untuk menjual tiga buah kapal selam kepada kerajaan Malaysia dengan harga satu bilion Euro, adalah luar dari kebiasaan. Kesan “kes Altantuya” ini di Perancis, Malaysia dan Mongolia belum lagi mencapai klimaknya. Pembunuhan gadis Mongolia berusia 28 tahun itu adalah akibat dari “komisen” berharga 114 juta daripada Armasi kepada rakan niaganya di Malaysia. “Komisyen” ini yang diakui oleh kerajaan Malaysia di dalam Parlimen di Kuala Lumpur, telah mencetus beberapa siri peristiwa yang membawa kepada pembunuhan Altantuya dan kehilangan beberapa orang saksi penting di dalam kes itu.Sebuah laporan dari polis Malaysia, yang masih disimpan secara rahsia sehingga sekarang, mendedahkan secara terperinci bagaimana perempuan muda yang tergolong dalam golongan atasan Asia itu dibunuh. Di dalam dokumen tersebut, salah seorang pembunuhnya, seorang anggota polis dari Cawangan Khas bernama Sirul Omar, menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh seorang pegawai di sebuah stesen polis yang berdekatan dengan tempat pembunuhan.
“Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”
Pendedahan laporan tersebut di dalam akhbar Perancis *Liberation* adalah bab terbaru dalam kisah yang penuh warna-warni dan dramatik ini yang melibatkan penjual senjata Perancis, pawang Mongolia dan politikus-politikus Malaysia. Kes ini sangat sensitif kepada kerajaan Malaysia, kerana Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang dijadualkan menjadi Perdana Menteri pada akhir bulan Mac nanti disyaki terlibat di dalam kes ini, tetapi ini juga kerana kes ini boleh memalukan DCNS, sebuah syarikat Perancis yang mengkhusus dalam pembinaan kapal laut tentera. Syarikat Perancis-Sepanyol Armaris, yang menjual Scorpene dan satu kapal selam Agosta kepada Malaysia pada bulan Jun 2002, dibeli oleh DCNS pada tahun 2007.
Dengan kecantikan dan keanggunannya yang memukau, Altantuya mengingatkan pada imej kacau seorang perempuan dari Timur Jauh bernama Mata Hari. Altantuya membesar di Saint Petersburg (Russia), kemudian belajar di Institut Pengurusan Ekonomi di Beijing. Di samping bertutur di dalam bahasa Inggeris, dia juga fasih di dalam bahasa Russia, Cina dan Korea. Sebagaimana yang telah ditakdirkan, semasa di Hong Kong dia bertemu dengan Abdul Razak Baginda pada tahun 2004. Baginda adalah seorang pakar keselamatan dan pengarah Malaysian Strategic Reseach Centre, sebuah badan pemikir yang pro-kerajaan. Tidak berapa lama kemudian hubungan mereka menjadi percintaan. Altantuya, atau dipanggil Tuya oleh teman-temannya, membuktikan bahawa dia adalah seorang pembantu yang berguna, menolong Baginda menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris.
Jika Altantuya muda dan cantik, Baginda yang kaya dan menarik adalah seorang yang terkenal di kalangan elit Kuala Lumpur, terutama sekali kerana dia rapat dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan menteri Pertahanan, Najib Razak (baginda juga penasihat urusan keselamatannya). Baginda selalu bertemu dengan lingkungan-lingkungan yang sangat eksklusif di Kuala Lumpur, kadangkala ditemani oleh isterinya yang sah. Pada bulan Mac 2005, Altantuya dan Baginda berangkat ke Eropah, mengelilingi Perancis, Jerman, Itali dan Portugal dengan Ferrari merah Baginda, menginap di hotel-hotel mewah dan menjamu selera di restoran-restoran terbaik di benua itu. Bagaimanapun, lawatan itu bukan sekadar lawatan biasa: kontrak untuk menjual dua kapal selam itu telah ditandatangani pada tahun 2002, tetapi beberapa hal-hal penting yang berkaitan masih belum diselesaikan. “Kami mengetahui bahawa Baginda digunakan oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak sebagai pengantara dalam urusan system persenjataan, terutama sekali di peringkat tertinggi,” kata seorang pakar urusan keselamatan serantau.
Pada hujung bulan Mac Altantuya dan Baginda berada di Paris, di mana mereka bertemu dengan Najib Razak. Sekeping gambar yang diambil pada akhir Mac 2005, menunjukkan bahawa ketiga mereka berada di sebuah kelab persendirian di Paris. “Tuya menunjukkan gambar itu. Katanya salah seorang lelaki itu, Abdul Razak Baginda adalah teman lelakinya, dan seorang lagi, Najib Razak, adalah “big boss”. Saya bertanya kepadanya adakah mereka bersaudara kerana nama mereka, tetapi katanya tidak, dan Najib Razak adalah “perdana menteri”, cerita Amy, teman rapat Altantuya (Najib Razak telah bersumpah dengan Quran mengatakan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya). Menurut seorang detektif persendirian, sekarang bersembunyi di India, si Tuya yang cantik itu juga adalah perempuan simpanan Timbalan Perdana Menteri, yang dikenalkan oleh Baginda kepadanya pada akhir tahun 2004.
Cerita ini menjadi dramatik apabila pada Oktober 2006, Altantuya dimaklumkan bahawa komisyen yang dibayar oleh syarikat Perancis-Sepanyol Armaris telah masuk ke dalam akaun bank di Kuala Lumpur. Komisyen itu telah dibayar kepada Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Baginda. Altantuya segera berangkat ke Kuala Lumpur dengan tujuan menuntut bahagiannya dari komisyen itu dari Baginda; dia berkata dia berhak untuk mendapat 500, 000 dolar. Baginda dan Altantuya putus hubungan tidak berapa lama sebelum itu lagi. Rosmah Mansor, seorang ahli perniagaan yang digeruni dan isteri Najib Razak, cemburu lalu menghalang sebarang pembayaran kepada Altantuya. Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan dua orang wanita Mongolia, salah seorang darinya adalah pawang yang akan menjampi Baginda jika dia tidak membayar. Selama beberapa hari, Altantuya mengganggu bekas kekasihnya. Pada 18 Oktober, Baginda tidak dapat lagi tahan dengan Altantuya yang setiap hari berada di hadapan rumahnya. Dia menghubungi Pengarah Cawangan Khas, Musa Safrie, yang juga merupakan pegawai keselamatan Najib Razak.
Pada 19 Oktober 2006, jam mendekati 9 malam, dua orang pegawai polis Cawangan Khas, Azilah Hadridan dan Sirul Omar, dihantar ke hadapan rumah Baginda di mana Altantuya menjerit dan berteriak. Mereka mendapat arahan “meneutralkan perempuan Cina itu.” Mereka menculiknya dan membawanya sejauh sepuluh kilometer dan menembaknya beberapa kali. Kemudian, mereka memusnahkan tubuhnya dengan bahan letupan C4, jenis yang hanya boleh diperolehi dari Kementerian Pertahanan. Kemasukannya ke Malaysia telah dipadam dari rekod imigresen. Ini seolah menunjukkan bahawa Altantuya tidak pernah ke Malaysia kerana tidak ada rekod yang menunjukkan sebegitu.
Tidak ada jenayah yang sempurna. Pemandu teksi yang disewa oleh Altantuya pada hari tersebut tidak dapat menerima kenyataan bagaimana penumpangnya yang masih belum membayar tambang diculik di depan matanya. Dia mencatit nombor pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Dalam beberapa hari, polis mendapat tahu indentiti kereta itu dan mendapati ia adalah kereta kerajaan. Beberapa peristiwa berlaku sehingga Najib Razak sendiri tidak dapat menghalangnya. Dia cuba untuk menutup kes ini. Beberapa jam sebelum penahanan Baginda, dia menghantar satu SMS: “Saya Akan bertemu dengan Ketua Polis Negara pada jam 11 pagi hari ini…masalah tersebut akan selesai. Sabarlah”. Beberapa jam kemudian, Baginda ditahan, begitu juga dengan dua orang pegawai dari Cawangan Khas, Azilah dan Sirul. Selepas perbicaraan yang dianggap meragukan oleh ramai pemerhati, Baginda dilepaskan dari tuduhan telah memerintahkan pembunuhan itu dilakukan dan dibebaskan pada bulan November 2008. Azilah dan Sirul yang d
Beribu batu dari Kuala Lumpur, di ibu Negara Mongolia, Ulaan Baataar, Shaaribuu Setev, bapa Altantuya berusaha mengawal perasaan marahnya. Untuk dia dan keluarganya, pembebasan Baginda adalah simbol kepada ketidakadilan di dalam proses perundangan Malaysia.
“Kerajaan Malaysia langsung tidak membals surat-surat yang dihantar oleh Kementeria Luar Mongolia,” katanya. Ketika Shaaribu datang ke parlimen Malaysia untuk bertemu dengan Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa keluar mengikut pintu belakang untuk mengelakkan pertembungan yang memalukan. Kes Altantuya telah menjadi elemen penting di dalam permainan politik Malaysia di antara Najib Razak (yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong UMNO pada bulan Mac ini) dan Anwar Ibrahim. Sehingga kini, Najib Razak Berjaya menghadapi rintangan ini, tetapi pembunuhan perempuan Mongolia itu akan menjadi pedang yang tergantung di atas kepalanya.
Salah satu aspek yang kabur di dalam kes Altantuya ini adalah peranan syarikat Armaris. Pada Oktober 2007, Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin, mengakui di hadapan Parlimen bahawa Armaris telah membayar sebanyak 114 juta Euro sebagai komisyen kepada Perimekar. Dia menegaskan bahawa bayaran itu bulan rasuah tetapi adalah untuk “perkhidmatan-perkhidmatan sokongan dan koordinasi.” Adakah terdapat korupsi di dalam kes kapal Taiwan di mana DCNS French dikaitkan juga? DCNS, adalah syarikat swasta dengan dana awam, telah menolak permintaan kami untuk mengadakan pertemuan. ‘Tiada siapa yang boleh memberi komen terhadap kes itu,” jawab pegawai perhubungan awam DCNS di Paris. Sebuah dokumen, yang boleh menghubungkan antara Altantuya dan syarikat Perancis itu adalah surat jaminan yang ditulis oleh Abdul Razak Baginda supaya perempuan simpanannya itu dapat memohon visa untuk memasuki zon Schengen (Perancis adalah Negara ahli). Kedutaan Perancis tidak boleh menolak permintaan seorang lelaki yang telah dianugerahkan dengan Legion d’Honneaur itu. Tetapi peranan Altantuya di dalam perundingan kapal selam itu masih lagi belum jelas. Agensi-agensi perisikan mendapati latar belakangnya menarik dan FSB Rusia (ex-KGB) memantau secara dekat kes ini.
Di Ulaan Baatar, Mungunshagai, anak lelaki sulung Altantuya, yang berumur 12 tahun, mengalami trauma dengan kematian emaknya. Altanshagai, anak bongsu, yang berumur 5 tahun dan terencat akal, tidak dapat memahami bahawa dia tidak akan bertemu ibunya lagi. “Dia selalu bertanya tentang ibunya dan dia sepanjang hari meniarap di atas kerusinya. Setiap malam, saya akan memberinya gula-gula dan mengatakan bahawa ibunya memberikan kepada saya untuk diberikan kepadanya”, ujar Shaaribuu Setev, datuk kepada dua dua orang budak lelaki itu. Tentang baginda pula, dia sekarang menetap di United Kingdom dengan keluarganya. Dia tidak sekalipun pernah melafaz sepatah kata penyesalan terhadap kematian seseorang yang pernah berkongsi hidup dengannya selama dua tahun.
Arnaud Dubus (di Kuala Lumpur, Ulaan Baataar dan Paris)

Boleh baca di sini ..


