.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

9:52 AM

::.. Air Matamu Palestin ..::

Posted by tinta berbicara

Assalamu’alaikum wbt…

Dalam kita semua sibuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar menyiapakan assignment, PSM I, PSM II, mengulang kaji pelajaran untuk kuiz dan pembelajaran seterusnya, dai’e, nuqaba’, tapi ada saudara kita kini yang sedang menanggung kesedihan, kesakitan, ketakutan, kelaparan, kesepian dan pelbagai macam perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata serta tak mudah untuk dikongsi dan difahami bersama. Malahan mungkin sehingga tidak terkata gambaran situasi yang dihadapi, perasaan yang dipendam dan ditanggung selama ini. Siapakah mereka? Adakah Israel laknatullah yang mendakwa diserang ektrimis Islam? Mereka diserang atau mereka yang menyerang? PALESTIN, sehingga kini mereka terpaksa hidup sebagai pelarian di negara sendiri, sedang Israel terus bermegah diri menetap di Palestin, negara yang bukan milik mereka sejak azali lagi. Mereka terus-terusan tanpa segan silu membunuh rakyat Palestin, meluaskan wilayah mereka sendiri dan terus berkuasa di bumi yang didakwa dijanjikan untuk kaum mereka.

Jika menyingkap kembali sejarah, bumi Palestin adalah bumi yang dijanjikan keamanan untuk semua dan telah dibuka oleh khalifah yang ke-2 iaitu Saidina Umar Al-Khattad r.a. Tetapi kini bumi yang suci ini telah dicemari oleh Israel laknatullah dengan kemusnahan yang teruk dari segi harta dan nyawa. Lebih melampau lagi mereka turut mencerobohi tempat-tempat ibadah dan hospital. Keganasan terus bermaharajalela, apa yang telah dibina selama ini, hilang sekelip mata. Sehingga kini sudah 60 tahun Palestin dijajah. Penjajahan haram Palestin dilakukan secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Fenomena tersebut telah menjadi mimpi ngeri dan meninggalkan titik hitam dalam diri setiap rakyat Palestin dan umat islam secara keseluruhannya. Pelestin yang sebelum ini dinaungi keamanan dan kasih sayang semakin merasai keperitan dan kepedihan sejak berada di bawah kongkongan Israel yang bertekad menghisap darah dan menjadikan umat Islam sebagai haiwan tunggangan. Rentetan duka Palestin tak terhenti setakat itu, malah berpanjangan apabila sidang PBB mengumumkan ’Ketetapan 181’ yang membahagikan 2/3 tanah Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya, 1/3 dari keluasan tanah diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini bertentangan dengan prinsip PBB sendiri iaitu melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Dugaan yang dilalui oleh rakyat Palestin tidak pernah berkurangan, malahan bertambah hebat dan sarat diuji. Peluru Israel dan bedilan bom dimuntahkan setiap hari, angka kecederaan dan kematian meningkat, anak-anak kecil menjadi yatim tiada berbapa, isteri menjadi janda, tiada tempat untuk bergantung, terpaksa mengharungi hidup dan berdiri atas kaki sendiri. Mayat-mayat bergelimpangan di jalanan sehingga tak terhitung di jari, terlalu ramai tak sempat dikebumi, lemah longlai tidak bernyawa. Pelbagai kekejaman telah dirasai, mereka ditembak dan disembelih, mereka diletupkan dan dimusnahkan, sehingga hancur luluh berkecai tubuh mereka menampakkan tulang dan isinya.

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki atau wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah Al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Tanpa henti kezaliman terus berleluasa, yang lemah tak terdaya menjadi mangsa. Kini darah dan tangisan mewarnai dan menyelubungi bumi Palestin, rakyatnya terhina di bumi sendiri, tanda kifarah tarbiyah daripada Ilahi. Apa yang telah dibina selama ini hilang sekelip mata, kehancuran memusnah merata, suka bertukar duka, cahaya harapan berubah gelita.

Sama ada ramai menyedari atau tidak, Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam daripada rejim Zionis. Sebagai pemimpin Mesir, beliau masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara-negara lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka untuk ke Gaza. Berikutan daripada tindakannya itu, rejim Zionis tidak mungkin dapat melakukan serangan bertubi-tubi seperti hari ini. Bukan hanya sekadar mengeji tindakan dan sikap Israel, malah Mubarak juga sepatutnya turut dikutuk berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyat sendiri dan juga penduduk Gaza.

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seaqidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis sehingga menyebabkan 70 000 dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Jika dulu, Salahuddin al-Ayyubi menjadi penyelamat setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah tetapi kini, dimanakah mereka seperti Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Di manakah mereka seperti Umar, sebagai pembuka Palestin? Islam ketandusan jiwa-jiwa yang subur, jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira keturunan dan sempadan geografi. Umat Islam wajib disedarkan sekarang, bangkit menentang kezaliman, sebagaimana suburnya jiwa-jiwa rakyat Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis.

Islam terus dicela, tiada siapa yang membela. OIC terus diam membisu, tiada tindakan, tiada bantuan dihulurkan, hanya selesa melihat,”oooooooo... I see”. Apa yang berlaku di Palestin kini adalah lambang kedengkian dunia, kerana Islam musuh mereka. Kini mereka bersendiri, menghitung hari demi hari, menghitung baki masa roh berada dalam diri, mengenang nasib diri, masih adakah esok untuk diri ini?, Keliru? apakah salah diri ini, masih punyakah tenaga dan kekuatan untuk mengharungi hari yang ngeri, musuh yang keji, menindas mangsa yang lemah tanpa memberi peluang membela diri, tanpa disedari, airmata membasahi pipi, hampir hilang pedoman diri, mujur masih ada iman yang membenteng hati.

Sesungguhnya setiap manusia bersaudara, bantuan dihulurkan kepada yang memerlukan, memberi perhatian dan pembelaan, agar sama-sama mengecapi kebahagiaan. Semoga setiap titisan darah yang gugur, secebis daging yang jatuh dan hancur, secebis kesakitan yang ditanggung, dibayar dengan setimpalnya. Duhai umat Islam bangkit segera, bebaskan rakanmu juga saudara, sedang musuh berpesta di sana, bermaharajalela meratah mangsa. Derita mereka, juga penderitaan kita. Ayuh umat Islam, semaikan benih keimanan, tingkatkan sensitiviti diri, biar tumbuh subur berdiri, agar palestin kita genggam kembali. Mari sama-sama merelisasikan masa hadapan yang mereka impikan, dunia yang penuh ceria, aman sentosa dan bahagia. Kepada syuhada’ di seluruh dunia, matimu tidak sia-sia, bidadari syurga merindui untuk menjemputmu, kedatangan syahid yang amat dirindu.

”Wahai tuhan selamatkan umat palestin, selamatkan umat Islam, dari kecelakaan dan segala kecelaan, dari kebimbangan dan keluh kesah Ya Allah, pekenankan doa kami Ya Allah”