.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

1:05 PM

PENGEMBARAAN MENCARI KEBENARAN (BIL 2)……

Posted by tinta berbicara

SITUASI DI KELANTAN (1977)…. Tengku razaleigh adalah ketua penerangan UMNO ketika itu dan merupakan anak didik Tun Razak. Mereka berdua sangat memahami sikap Dato’ Mohd Nasir ketika itu yang mana merupakan seorang yang lurus dan jujur. Dato’ Mohd Nasir ketika itu dipengaruhi dan digunakan oleh Tengku Razaleigh dengan tujuan untuk mengkucar-kacirkan pentadbiran Kelantan. Lama kelamaan Dato’ Nasir semakin jauh dari partinya dan PAS menyedarinya. PAS yang diketuai oleh Dato’ Asri ketika itu menyaran kepadanya agar meletak jawatan sebagai MB tetapi beliau enggan kerana yakin beliau mempunyai pengaruh dan orang-orang UMNO menyokongnya di belakang. Semasa sidang DUN diadakan, ahli dewan mengusulkan undi tak percaya terhadapnya dan usul itu diterima. Akhirnya Dato’ Mohd Nasir terpaksa akur dan meletak jawatan MB Kelantan. Ibrahim Ali ketika itu yang baru keluar dari tahanan ISA membawa Dato’ Mohd Nasir ke istana untuk menghadap Sultan bagi membantah perlantikan jawatan MB baru dan mencadangakan membubarkan DUN tetapi tiadak diperkenankan Sultan. Mengapa? Kerana sebelum itu sidang DUN sudah berlaku dan undi tak percaya yang diusulkan dalam sidang DUN telah diterima maka dari segi undang-undang perlucutan jawatan MB adalah sah dan tidak memerlukan pembubaran DUN lagi.

SITUASI DI PERAK... MB Perak ketika itu adalah Tan Sri Ghazali Jawi ayah kepada bekas MB Perak sebelum YB Nizar iaitu Dato’ Tajol Rosli Ghazali. Berlaku krisis yang sama di Perak ketika ini iaitu Tan Sri Ghazali Jawi juga dinasihatkan oleh Sultan Idris agar meletak jawatan. Tetapi kondisi kedua-dua MB adalah berbeza. Tan Sri Ghazali Jawi disaran meletak jawatan kerana beliau terlibat dengan kes rasuah manakala YB Nizar disaran meletak jawatan kerana disangka hilang kepercayaan majoriti tanpa dikaitkan dengan sebarang kes jenayah. Tan Sri Ghazali dengan sikap angkuh enggan meletak jawatan sebagai MB. Sultan tidak mahu Perak dipimpin oleh pemimpin yang tidak jujur, baginda murka dan bersumpah tidak akan memotong janggutnya sehingga Tan Sri Ghazali meletakkan jawatan. Melihatkan tekad Sultan Idris ketika itu (sudah berjanggut panjang), Tun Hussein sebagai Presiden UMNO ketika itu menasihatkan Tan Sri Ghazali meletakkan jawatan dan menawarkan beliau menjadi Duta di negara luar untuk menamatkan krisis yang berlanjutan selama tempoh dua tahun itu. Tan Sri Ghazali menerima baik cadangan itu dan akhirnya bersedia meletakkan jawatan sebagai MB Perak dengan meletakkan syarat terhadap Sultan Idris bahawa dia yang akan mencari dan melantik penggantinya. Angkuh dan sombongnya sikap pemimpin UMNO...

7:31 PM

PENGEMBARAAN MENCARI KEBENARAN (BIL 1).....

Posted by tinta berbicara

Tatkala manusia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, pelajar sibuk dengan urusan test dan assignmentnya, golongan korporat sibuk dengan urusan bisnesnya, golongan kontraktor sibuk bersaing antara satu sama lain merebut projek untuk mengaut keuntungan, golongan pemimpin kita pula hari ini sibuk dengan urusan perebutan kuasa dan mempengaruhi ahli melompat parti dengan pelbagai tawaran lumayan. Matlamatnya hanya satu iaitu ingin berkuasa sepenuhnya dan memerintah negara selamanya. Tetapi angan-angan itu pastinya tidak mungkin berlaku pada semua parti politik yang bergerak aktif dan hidup subur di negara kita hari ini. Mengapa? Kenapa? Apa sebabnya? Sepertimana yang diketahui umum, sudah menjadi fitrah alam setiap benda yang hidup/bernyawa pastinya akan mati jua. Begitulah perungkaian kepada persoalan dia atas, yang mana tiada apa yang akan kekal selamanya dan setiap sesuatu itu pasti akan mengalamai zaman kegemilangan dan kejatuhan. Suatu ketika dulu kita dapat lihat zaman kegemilangan UMNO, memerintah Malaysia selama bertahun-tahun lamanya sehingga kini walaupun nyawanya kini bagai telur berada di ujung tanduk menanti masa jatuh membumi dan tertunduk.

Bukan setakat kemaruk memiliki kuasa malahan turut memaksimumkan penggunanaan media memanipulasikan maklumat memburukkan pemimpin PR dengan tuduhan rasuah, khalwat, tak bermoral dan yang terkini DERHAKA pada Raja. Apakah definisi sebenar derhaka? Adakah dengan memelihara hak diri, menegakkan kebenaran dan bertentangan pendirian dengan raja dikira derhaka? Hanya kerana ayat yang dikeluarkan YB Nizar, ”Patik sembah derhaka” terus beliau dicop sebagai PENDERHAKA. Diulangtayang dan dicanang di media berkali-kali, isu ini terus dimanipulasi untuk terus memburukkan beliau dan PR. ”Patik sembah derhaka”, disini adalah cara beradab bahasa istana tanda tidak bersetuju dengan titah Sultan. Titah Sultan Azlan yang mana menyarankan beliau meletak jawatan sebagai MB PERAK atas alasan beliau sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti berbanding Dato’ Zambry. Walhal kesahihan berita-berita tak dapat dibuktikan hanya dengan mendengar kata-kata pembesar istan. Melainkan ahli dewan parlimen Perak mengusulkan undi tidak percaya kepada YB Nizar. Malah dalam keadaan PR dan UMNO mempunyai kedudukan sama rata di parlimen 28-28 yang mana kedudukan 3 exco yang melompat parti itu masih samar-samar statusnya tidak boleh diambil kira dalam majoriti UMNO sehinggalah keluar keputusan mahkamah berkaitan status ketiga-tiga ADUN tersebut. Sebelum kesemua Exco dilantik sebagai Adun kawasan masing-masing, mereka semua dikehendaki secara sukarela menandatangani surat perjanjian yang menyatakan bahawa kerusi akan dikosongkan secara automatik apabila mereka bertindak keluar dari PR.

Tak dinafikan Sultan berhak mencadangkan kepada YB Nizar meletak jawatan kerana ada peruntukan kuasa untuknya membuat begitu dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Peruntukan kuasa itu dengan syarat bahawa Sultan benar-benar yakin bahawa YB Nizar hilang majoriti kepercayaan rakyat. Tapi kesahihan itu tak dapat dibuktikan melainkan diadakan usul undi tak percaya kepada YB Nizar dalam sidang Dun Perak. Sultan mempunyai peruntukan kuasa untuk melantik MB tetapi setelah dilantik Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB. Kelayakan MB akan terlucut melainkan dalam 3 keadaan :

i. Pembubaran DUN
ii. MB meletak jawatan secara sukarela
iii. MB mendapat majority usul undi tak percaya terhadapnya dalam siding DUN

Menyingkap kembali sejarah, krisis di PERAK ini pernah juga berlaku di KELANTAN yang mana ketika itu Kelantan dipimpin oleh kerajaan campuran UMNO-PAS. MB Kelantan pada ketika itu adalah Dato’ Mohd Nasir dari PAS. PAS ingin mencalonkan Wan Ibrahim Wan Ali sebagai MB Kelantan ketika itu tetapi tidak direstui oleh Tun Razak yang menginginkan Dato Mohd Nasir. PAS bertolak ansur dan menerima cadangan Tun razak ketika itu kerana tak ingin menimbulkan pertikaian antara keduanya.

Apa yang berlaku seterusnya.....? Tunggu sambungannya dalam artikel akan datang

1:52 PM

::. YAHUDI/US – UMNO/BN .::

Posted by tinta berbicara

Apa yang antum sume dapat tafsirkan melalui tajuk di atas? Tafsiran pertama mengikut pandangan peribadi masing-masing. Yahudi sepertimana diketahui umum adalah merujuk kepada sebuah kaum yang jahat yang sehingga hari ini menyimpan dendam kesumat yang amat mendalam terhadap Islam dan bercita-cita tinggi untuk menakluk Jurussalem.

UMNO sebuah parti politik yang dianggotai oleh kaum Melayu, memperjuangkan nasib bangsa melayu manakala BN adalah salah satu komponen terbesar parti politik di Malaysia yang dianggotai oleh pelbagai kaum tetapi mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza. Parti ini memperjuangkan dasar Sekular sama dengan pimpinan kerajaan fatah di Palestin. Jika melihat kepada definisi dan sedikit latar belakang kasar yang diberikan mengenai kedua-duanya tiada persamaan yang wujud melainkan perbezaan antara keduanya. Tapi benarkah tiada persamaan antara mereka? Jika diteliti dengan mata hati dan mata kasarnya ada persamaan yang wujud malah ketika ini dan semakin hari semakin ketara persamaan yang wujud antara bangsa Yahudi dan bangsa Melayu yang berada dalam UMNO. Apakah persamaan yang wujud antara mereka?

Berbalik kepada ciri-ciri bangsa Yahudi antaranya adalah :

  • Sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan.
    Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
  • Mengamalkan riba.
    Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi.
  • Suka menindas.
    Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Sebagai contohnya pencerobohan tragedi yang berlaku di Palestin. Ini disebabkan menurut kepercayaan mereka, Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
  • Perampas hak orang lain.
    Mereka sejak dahulu lagi ingin merampas negara Palestin dan menghapuskan Islam tanpa meninggalkan saki baki di bumi allah ini. Kini, mereka telah merampas sebahagian besar negara Palestin dan rakyat asal Palestin hidup di jalanan, menumpang di negara sendiri dan tidak diberi hak yang sepatutnya walaupun pilhanraya secara telus dan demokrasi telah diadakan yang mana mengangkat Hamas sebagai pemerintah Palestin. Hak rakyat yang memilih dan hak HAMAS sebagai pemerintah dipertikaikan oleh Israel(Yahudi) dan US.


Berikut pula adalah sikap/ciri-ciri orang-orang dalam UMNO/BN :

  • Sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan.
    Masyarakat yang telah terlibat dalam perjuangan politik sejak dulu telah lama menyedari sikap orang-orang UMNO tapi sikap dahulu tidaklah separah sikap mereka sekarang. Kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu tetapi hakikatnya merekalah yang memunah ranapkan bangsa melayu dengan menghidangkan pelbagai sajian hiburan yang melalaikan tanpa mengambil kira masalah sosial dan budaya masyarakat hari ini yang semakin parah khusunya remaja. Atas alasan ”kerajaan tak boleh dipersalahkan kerana remaja sukakan hiburan..” remaja atau pemimpin mereka sendiri yang begitu gemar hiburan? Pikir-pikir..
  • Mengamalkan riba.
    Orang yang berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Kebanyakan pemimpin UMNO hari ini khusunya BN memelopori sistem riba ini dan ramai antara mereka yang berjaya untuk memastikan diri terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Sedangkan pelajar sekali juga dipaksa terjebak dalam sistem riba ini melalui institusi pendidikan yang mana menawarkan pinjaman pendidikan iaitu PTPTN (nama yg lebih komersial PTPTpu..)
  • Suka menindas.
    Menindas golongan yang miskin dan tak berupaya lebih-lebih lagi kalau mereka itu di kalangan pendokong atau penyokong pembangkang. Apa sahaja berkaitan pembangkang adalah teruk, tak bermoral macam kes Elizabeth Wong. Macam mana pula nak tafsir kes khalwat yang melibatkan Senator Hayati dan ahli parlimen Gombak tu? Kebanyakan dari kalangan mereka hanya nampak muka turung ke lapangan, beramah mesra dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat bilamana ingin meraih undi ketika pilihanraya khusunya. Waktu-waktu beginila mudah untuk melihat mereka ’berwajah manis’ dan mudah ingin berjumpa dengan mereka tanpa ada banyak kerenah birokrasi. Lebih mesra lagi kalau Salman Khan turun ke Malaysia, siap boleh peluk dan sape pipi lagi gitu..
  • Perampas hak orang lain.
    Mereka tidak sebulu lagi dengan PAS sejak PAS keluar dari UMNO kerana tak bersetuju dengan pendirian UMNO yang ingin membenarkan judi dan arak di Malaysia. Sejak dari itu juga apa yang berkaitan dengan pembangkang semuanya adalah buruk dan apa yang menjadi milik pembangkang ingin dirampas. Contoh paling dekat yang kita boleh ambil adalah isu yang sedang hangat dicanang oleh media dan yang seangkatan pro dengannya iaitu isu rampasan negeri PERAK yang diketuai oleh ’kawan baik’ Altantuya, Dato’ Najib Razak. Mereka menafikan hak rakyat dan juga turut menafikan hak PR sebagai kerajaan yang berhak memerintah PERAK. Rampasan kuasa yang paling tak bermaruah dan tak berperikemanusiaan..

    Amacam serupa tak? Apa yang menjadikan persepsi terhadap mereka ini lebih teruk daripada Yahudi menurut pandangan kebanyakan ramai adalah mereka ini beragama Islam. Yahudi tidak beragama Islam dan ramai sudah sedia maklum sikap mereka ini sehingga disentuh oleh Allah dalam Al-Quran. Yahudi tidak diberikan hidayah berbanding dengan mereka yang mengaku Islam ini. Antara mereka yang memang tidak diberi hidayah dan melakukan kezaliman serta kejahatan (seperti jahiliyah dulu) dan mereka yang diberikan hidayah, pengajaran, teguran tetapi masih berkeras hati, menidakkan kebenaran dan masih melakukan kezaliman demi kepentingan diri.. Mana yang lebih teruk, terpulang pada pandangan peribadi masing-masing...


Penaklukan Negeri PERAK
Salah satu penaklukan negeri Perak berpunca dari perancangan yang teliti oleh UMNO. Mereka melihat usaha begini mudah dan penting bagi mengelakkan pupusnya pengaruh dan kuasa spesis UMNO dari persada Malaysia. Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk PERAK dengan restu sultan. Perkara ini kemungkinan berlaku dalam keadaan PR lalai. Persoalannya, sampai bilakah UMNO akan berjaya mendominasi negeri itu? Mereka perlu waspada kepada rakyat Malaysia dan rakyat PERAK khususnya yang sentiasa mengingati sejarah buruk rampasan kuasa ini. Tidak mustahil rampasan kuasa hari ini membawa kepada penubuhan kerajaan baru yang dipimpin oleh PR. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan keadilan dan Islam akan tertegak semula dan kezaliman serta musuh-musuh Islam akan kembali ke era kejatuhan, kemerosotan dan kesusahan setimpal dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Wallahualam