.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

2:37 PM

PR Terus Mendahului...

Posted by tinta berbicara



Alhamdulillah…. Takbir!takbir!takbir!.... Kemenangan berpihak pada mereka yang telah dizalimi dan insyaAllah berpihak pada golongan yang benar. Tahniah diucapkan kepada 2 calon PR dan tak dilupakan juga kepada calon BN di Batang Ai...Dua bukit telah ditawan, bukan setakat ditawan malah telah menambahkan lagi undi majoriti yang telah dimenangi oleh calon terdahulu.. Apakah tanda awal yang boleh disimpulkan? 1. Rakyat mahukan perubahan?2. Kebangkitan api kemarahan rakyat terhadap BN?3. PR menang kerana nasib?Rata-rata kebanyakan komen dan kesimpulan yang dibuat mengatakan kemenangan PR terhadap dua bukit terebut adalah sebagai tanda protes rakyat terhadap kezaliman dan ketidak adilan sistem pentadbiran BN yang bersifat diktaktor. Rakyat marah kerana rampasan kuasa di Perak, rakyat marah dengan isu PPSMI, rakyat marah berkaitan isu menggantung akhbar Harakah & Suara Keadilan, rakyat marah berikutan perpindahan kuasa pentabiran Malaysia kepada pemimpin yang ”NOT CLEAN”, dikaitkan isu Altantuya, pembelian kapal, rasuah dan pelbagai tuduhan yang boleh dikategorikan sebagai kritikal, rakyat marah dengan penguasaan media yang berat sebelah, rakyat marah dengan ketidak telusan SPR, rakyat marah dengan pemimpin2 yang terlibat dengan rasuah, dan pelbagai lagi kemarahan rakyat yang tak terhitung dan tak terluah selama ini. Api kemarahan yang dipendam selama ini, diluahkan sebahagiannya dalam prk kali ini.

Walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan kepada YB Nizar sebelum prk, malah berlebih-lebihan lagi semasa tempah berkempan oleh pihak lawan, tapi semua itu tidak memberi impak kepada rakyat perak malah lebih lagi menambahkan simpati, sokongan dan kesepaduan rakyat terhadap YB Nizar sehingga menang dengan majoriti yang lebih besar dari calon terdahulu, 2789 undi. ”Penderhaka” yang dikatakan derhaka kepada Sultan, boneka kepada DAP, menggadai nasib orang Melayu, akhirnya telah mendapat kepercayaan undi majoriti daripada rakyat. Kini bukan setakat YB Nizar derhaka kepada Sultan tapi rakyat Perak jg kebanyakannya turut derhaka kepada Sultan kerana menyokong ”penderhaka”. Manikumar, muka baru, calon muda yang diperkecilkan kredibilitinya oleh pihak lawan dan bekas rakan seperjuangannya, akhirnya telah membuktikan dia mampu meraih pengaruh dan mendapat kepercayaan rakyat Bukit Selembau.

PR terus mengekalkan kemenangan manakala BN gagal merampas kemenangan PR. Walaupun pelbagai perancangan teliti telah diatur untuk mengisi kejayaan dan meyekat kemaraan PR seperti menggunakan segala jentera kerajaan sepanjang tempoh berkempen, terlantik muka baru dalam Perhimpunan Agung UMNO, dihadkan masa ceramah pihak lawan, larangan menyentuh isu altantuya dan isu rampasan Perak dalam ceramah, isu derhaka, isu moral elizabeth, isu menggunakan ayat al-quran oleh exco DAP, penggantungan akhbar alternatif PR, perlantikan PM baru, penarikan kembali arahan menggantung akhbar Harakah & Suara Keadilan, pembebasan 13 org tahanan ISA, kemasukan kembali Tun Mahathir dalam UMNO malah semua itu masih tak mampu untuk menumbangkan PR atau paling tidak mengurangkan undi terhadap calon PR yang bertanding.

Rakyat semakin bijak memilih pemimpin, tidak mahu nasib diri dan negara tergadai di tangan pemimpin yang tidak telus. Slogan, ”Pohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional”, nampaknya tidak menjadi malah rakyat tidak merestuinya. Buktinya rakyat terus-terusan menolak kepimpinan BN, bermula dengan prk di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, terbaru di Bukit Gantang, Bukit Selembau. Sepanjang tahun ini, 5 prk telah dilakukan dan PR mencatatkan rekod 4 kemenangan dan 1 kekalahan di Batang Ai. Setakat ni majoriti memihak kepada PR. Peringatan kepada penyokong dan pendokong PR, walaupun PR telah meraih kemenangan besar, tetapi jangan terlalu gembira dengan kejayaan yang dicapai sehingga leka. Kemenangan yang dicapai takkan membawa erti sekiranya tidak terisi. Isilah kemenangan itu dengan sebaiknya, sebagai tanda membalas budi, jasa dan kepercayaan yang rakyat telah berikan kepada PR.

Kepada YB Nizar dan Manikumar, jalankan mandat dan kepercayaan yang telah diberikan kepada rakyat dengan sebaiknya, penuh tanggungjawab, adil dan saksama.Moga kemenangan terus berpihak kepada golongan yang benar dan kezaliman terus dijatuhkan... Wallahulam..