.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

7:31 PM

PENGEMBARAAN MENCARI KEBENARAN (BIL 1).....

Posted by tinta berbicara

Tatkala manusia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, pelajar sibuk dengan urusan test dan assignmentnya, golongan korporat sibuk dengan urusan bisnesnya, golongan kontraktor sibuk bersaing antara satu sama lain merebut projek untuk mengaut keuntungan, golongan pemimpin kita pula hari ini sibuk dengan urusan perebutan kuasa dan mempengaruhi ahli melompat parti dengan pelbagai tawaran lumayan. Matlamatnya hanya satu iaitu ingin berkuasa sepenuhnya dan memerintah negara selamanya. Tetapi angan-angan itu pastinya tidak mungkin berlaku pada semua parti politik yang bergerak aktif dan hidup subur di negara kita hari ini. Mengapa? Kenapa? Apa sebabnya? Sepertimana yang diketahui umum, sudah menjadi fitrah alam setiap benda yang hidup/bernyawa pastinya akan mati jua. Begitulah perungkaian kepada persoalan dia atas, yang mana tiada apa yang akan kekal selamanya dan setiap sesuatu itu pasti akan mengalamai zaman kegemilangan dan kejatuhan. Suatu ketika dulu kita dapat lihat zaman kegemilangan UMNO, memerintah Malaysia selama bertahun-tahun lamanya sehingga kini walaupun nyawanya kini bagai telur berada di ujung tanduk menanti masa jatuh membumi dan tertunduk.

Bukan setakat kemaruk memiliki kuasa malahan turut memaksimumkan penggunanaan media memanipulasikan maklumat memburukkan pemimpin PR dengan tuduhan rasuah, khalwat, tak bermoral dan yang terkini DERHAKA pada Raja. Apakah definisi sebenar derhaka? Adakah dengan memelihara hak diri, menegakkan kebenaran dan bertentangan pendirian dengan raja dikira derhaka? Hanya kerana ayat yang dikeluarkan YB Nizar, ”Patik sembah derhaka” terus beliau dicop sebagai PENDERHAKA. Diulangtayang dan dicanang di media berkali-kali, isu ini terus dimanipulasi untuk terus memburukkan beliau dan PR. ”Patik sembah derhaka”, disini adalah cara beradab bahasa istana tanda tidak bersetuju dengan titah Sultan. Titah Sultan Azlan yang mana menyarankan beliau meletak jawatan sebagai MB PERAK atas alasan beliau sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti berbanding Dato’ Zambry. Walhal kesahihan berita-berita tak dapat dibuktikan hanya dengan mendengar kata-kata pembesar istan. Melainkan ahli dewan parlimen Perak mengusulkan undi tidak percaya kepada YB Nizar. Malah dalam keadaan PR dan UMNO mempunyai kedudukan sama rata di parlimen 28-28 yang mana kedudukan 3 exco yang melompat parti itu masih samar-samar statusnya tidak boleh diambil kira dalam majoriti UMNO sehinggalah keluar keputusan mahkamah berkaitan status ketiga-tiga ADUN tersebut. Sebelum kesemua Exco dilantik sebagai Adun kawasan masing-masing, mereka semua dikehendaki secara sukarela menandatangani surat perjanjian yang menyatakan bahawa kerusi akan dikosongkan secara automatik apabila mereka bertindak keluar dari PR.

Tak dinafikan Sultan berhak mencadangkan kepada YB Nizar meletak jawatan kerana ada peruntukan kuasa untuknya membuat begitu dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Peruntukan kuasa itu dengan syarat bahawa Sultan benar-benar yakin bahawa YB Nizar hilang majoriti kepercayaan rakyat. Tapi kesahihan itu tak dapat dibuktikan melainkan diadakan usul undi tak percaya kepada YB Nizar dalam sidang Dun Perak. Sultan mempunyai peruntukan kuasa untuk melantik MB tetapi setelah dilantik Sultan tidak mempunyai kuasa untuk memecat MB. Kelayakan MB akan terlucut melainkan dalam 3 keadaan :

i. Pembubaran DUN
ii. MB meletak jawatan secara sukarela
iii. MB mendapat majority usul undi tak percaya terhadapnya dalam siding DUN

Menyingkap kembali sejarah, krisis di PERAK ini pernah juga berlaku di KELANTAN yang mana ketika itu Kelantan dipimpin oleh kerajaan campuran UMNO-PAS. MB Kelantan pada ketika itu adalah Dato’ Mohd Nasir dari PAS. PAS ingin mencalonkan Wan Ibrahim Wan Ali sebagai MB Kelantan ketika itu tetapi tidak direstui oleh Tun Razak yang menginginkan Dato Mohd Nasir. PAS bertolak ansur dan menerima cadangan Tun razak ketika itu kerana tak ingin menimbulkan pertikaian antara keduanya.

Apa yang berlaku seterusnya.....? Tunggu sambungannya dalam artikel akan datang

0 comments:

Post a Comment