.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

1:05 PM

PENGEMBARAAN MENCARI KEBENARAN (BIL 2)……

Posted by tinta berbicara

SITUASI DI KELANTAN (1977)…. Tengku razaleigh adalah ketua penerangan UMNO ketika itu dan merupakan anak didik Tun Razak. Mereka berdua sangat memahami sikap Dato’ Mohd Nasir ketika itu yang mana merupakan seorang yang lurus dan jujur. Dato’ Mohd Nasir ketika itu dipengaruhi dan digunakan oleh Tengku Razaleigh dengan tujuan untuk mengkucar-kacirkan pentadbiran Kelantan. Lama kelamaan Dato’ Nasir semakin jauh dari partinya dan PAS menyedarinya. PAS yang diketuai oleh Dato’ Asri ketika itu menyaran kepadanya agar meletak jawatan sebagai MB tetapi beliau enggan kerana yakin beliau mempunyai pengaruh dan orang-orang UMNO menyokongnya di belakang. Semasa sidang DUN diadakan, ahli dewan mengusulkan undi tak percaya terhadapnya dan usul itu diterima. Akhirnya Dato’ Mohd Nasir terpaksa akur dan meletak jawatan MB Kelantan. Ibrahim Ali ketika itu yang baru keluar dari tahanan ISA membawa Dato’ Mohd Nasir ke istana untuk menghadap Sultan bagi membantah perlantikan jawatan MB baru dan mencadangakan membubarkan DUN tetapi tiadak diperkenankan Sultan. Mengapa? Kerana sebelum itu sidang DUN sudah berlaku dan undi tak percaya yang diusulkan dalam sidang DUN telah diterima maka dari segi undang-undang perlucutan jawatan MB adalah sah dan tidak memerlukan pembubaran DUN lagi.

SITUASI DI PERAK... MB Perak ketika itu adalah Tan Sri Ghazali Jawi ayah kepada bekas MB Perak sebelum YB Nizar iaitu Dato’ Tajol Rosli Ghazali. Berlaku krisis yang sama di Perak ketika ini iaitu Tan Sri Ghazali Jawi juga dinasihatkan oleh Sultan Idris agar meletak jawatan. Tetapi kondisi kedua-dua MB adalah berbeza. Tan Sri Ghazali Jawi disaran meletak jawatan kerana beliau terlibat dengan kes rasuah manakala YB Nizar disaran meletak jawatan kerana disangka hilang kepercayaan majoriti tanpa dikaitkan dengan sebarang kes jenayah. Tan Sri Ghazali dengan sikap angkuh enggan meletak jawatan sebagai MB. Sultan tidak mahu Perak dipimpin oleh pemimpin yang tidak jujur, baginda murka dan bersumpah tidak akan memotong janggutnya sehingga Tan Sri Ghazali meletakkan jawatan. Melihatkan tekad Sultan Idris ketika itu (sudah berjanggut panjang), Tun Hussein sebagai Presiden UMNO ketika itu menasihatkan Tan Sri Ghazali meletakkan jawatan dan menawarkan beliau menjadi Duta di negara luar untuk menamatkan krisis yang berlanjutan selama tempoh dua tahun itu. Tan Sri Ghazali menerima baik cadangan itu dan akhirnya bersedia meletakkan jawatan sebagai MB Perak dengan meletakkan syarat terhadap Sultan Idris bahawa dia yang akan mencari dan melantik penggantinya. Angkuh dan sombongnya sikap pemimpin UMNO...

0 comments:

Post a Comment