.: ~ PeNa MenUliS KalAm BErbiCara ~ :.

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang"

11:09 AM

::. Perjuangan versi pelajar ? .::

Posted by tinta berbicara

Apa itu perjuangan? Perkara yang seringkali disebut-sebut. Sama ada sedar atau tak, kita kini sedang berada dalam medan perjuangan. Sebagai pelajar, kita berjuang untuk mendapatkan result yang bagus, kita berjuang untuk memahami ilmu yang kita dapat, kita berjuang untuk memberikan jawapan yang terbaik di dalam test, exam dan banyak lagi seumpama dengannya. Perjuangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang memerlukan kefahaman yang jitu lagi terancang. Perjuangan tanpa susunan yang teratur tidak akan menghasilkan gerak kerja yang berkesan. Dalam mengimbangkan kehendak peribadi dan tuntutan perjuangan, seseorang itu perlu mempunyai satu kefahaman iaitu fikrah Islamiyah yang benar-benar kukuh dan mantap. Melibatkan diri di dalam perjuangan bukan bererti kita meninggalkan segala urusan peribadi tetapi di situlah sebenarnya terletak pengorbanan yang tinggi nilainya. Ramai orang menyebut perkataan perjuangan. Tetapi ramai juga yang tidak memahami apa erti perjuangan yang sebenarnya. Skop perjuangan itu luas maknanya dan tidaklah hanya pada perjuangan Islam.

Dalam mencari keredhaan Ilahi semestinya perjuangan yang kita dokongi tidaklah lari dari tuntutan Islam atau menyimpang dari matlamat kemenangan Islam. Dalam konteks sebagai pelajar yang terlibat dengan jemaah pula, perjuangn mestilah diseimbangkan antara akedemik dan gerak kerja jemaah. Memang ia suatu cabaran yang sangat besar dan tinggi nilainya di sisi Allah jika ia dilakukan ikhlas semata-mata keranaNya. Mgkn terdetik di fikiran sejenak, alangkah beruntungnya melihat mereka yang tak terlibat dengan jemaah, tidak terlalu sibuk, x perlu memikirkan gerak kerja Islam, hanya menumpukan kepada akedemik semata-mata dan mendapat result yang bagus. Tapi adakah mereka benar-benar beruntung? Fikirlah kembali wahai golongan yang bergelar pelajar, sebenarnya kita ini amat2 beruntung kerana telah terpilih untuk menyebarkan risalah-risalah Rasulullah, terpilih untuk membawa panji-panji Islam. Sememangnya bukan mudah tugas yang digalas ini, tapi itulah nilai pengorbanan yang perlu dibayar oleh seorang yang bergelar da'ie atau pejuang. Tiada jalan yang mudah mengharungi ranjau-ranjau perjuangan tapi telah dijanjikan oleh Allah nikmat kemanisan di akhirat kelak atas pengorbanan ikhlas yang telah kita berikan.

Kebanyakan masyarakat hari ini merasakan mereka berada dalam keadaan zon yang selesa, kurang mengambil cakna perkembangan isu semasa sekarang, kurang mengetahui masalah dan barah yang melanda masyarakat dan negara ketika ini dan lebih teruk lagi tidak mengambil tahu dan ambil kisah langsung. Masing-masing mengambil sikap individualistik. Golongan pelajar terus menumpukan kepada hal pelajaran, golongan pekerja tumpukan pada hal pekerjaan, berlumba-lumba mengumpulkan harta dan golongan ustaz ustazah x perlu mencampuri hal-hal politik, hanya perlu menumpukan pada hal-hal berkaitan permasalahan agama. Jurang perbezaan ini tidak sepatutnya berlaku. Adakah Islam mengasingkan semua perkara ini? Islam merangkumi keseluruhan,menyentuh semua aspek dari sekecil-kecil perkara(adab masuk tandas)sehingga sebesar-besar perkara(soal pemerintahan negara). Jika beginilah halnya, maka lebih mudahla pemimpin-pemimpin yang tidak amanah ini terus-menerus melakukan kemungkaran kerana ruang untuk mereka meneruskan `gerak kerja' terbuka luas.

Apa yang ingin ditekankan di sini adalah peranan pelajar itu sendiri terhadap keterlibatannya dalam soal siasah(pilihan raya). Kita tidak boleh lari dari hakikat ini, di mana kita berada sekalipun, sedar atau tak kita telah berada dan melibatkan diri dalam organisasi. Pemilihan MPP, pemilihan MT kelab, perlantikan organisasi jawatankuasa program. Setiap organisasi ada pemimpin, dan pemimpin ini kita pilih melalui proses demokrasi. Jika dinilai situasi hari ini, ramai yang menawarkan diri untuk memimpin masyarakat. Persoalannya, adakah ia benar-benar layak untuk memimpin? Pemimpin mana yang menjadi pilihan kita? Tentulah pemimpin yang mempunyai kriteria yang terbaik serta mampu melakukan pembaharuan demi menjamin masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Bila mana kita bernaung di bawah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi sudah tentulah bagi sesiapa yang mencapai umur 21 tahun mempunyai hak untuk menentukan masa depan negara. Adakah kita ingin terus memilih kerajaan sedia ada yang sudah 50 tahun memerintah tetapi banyak kepincangan dan korup atau gerakan Islam yang kita sendiri lihat penonjolannya di bawah Kepimpinan Ulama' kerajaan negeri Kelantan atau negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Bagi mereka yang menyertai Gerakan Islam, proses dakwah dan kempen menyedarkan masyarakat tentang politik Islam ini perlu kita sampaikan dan diketengahkan kepada masyarakat. Golongan pelajar khususnya perlu berada di tengah-tengah masyarakat yang penuh dengan tekanan dan kegawatan kerana mereka ini dilihat sebagai golongan intelektual yang mampu membawa perubahan besar terhadap tampuk pemerintahan. Hal ini telah disedari oleh kerajaan dan salah satu pendekatan yang diambi oleh kerajaan untuk menyekat gerakan pelajar ini dengan menubuhkan AUKU pada 1975.

Kita boleh merujuk kembali gerakan mahasiswa terdahulu di mana kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Suharto ketika itu telah dijatuhkan oleh gerakan mahasiswa yang bangkit menuntut keadilan. Sejarah-sejarah kebangkitan mahasiswa ini kurang dibicarakn dan dihebohkan oleh kerana kerajaan tidak mahu sebarang unsur yang boleh menyuntik kembali semangat mahasiswa kini untuk bangkit dan berjuang seperti zaman sebelumnya. Kebanyakan sejarah juga telah dimanipulasi oleh kerajaan yang mana lebih memihak kepada mereka sebagai contohnya peristiwa di kg. Memali, Baling, Kedah.

Sedarlah golongan pelajar sekalian, soal siasah bukanlah perkara yang mudah. Ia adalah tunggak rukun agama. Namun sehingga hari ini, masih ada yang menolak Islam dari terlibat dalam pentadbiran, pandangan sekular ini menyesatkan dan memesongkan pegangan akidah kita. Oleh itu, mahasiswa bangkitlah, celikkan mata dan hati, marilah kita semua bersatu hati, di bawah panji harakah islamiyyan agar syariat Allah tertegak semula dan perundanganNya berdaulat kembali. Semoga Islam itu dapat tertegak kembali... Allahuakbar3x... Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment